Monday, 3 June 2013

Salam Pertemuan!

Semalam telah berlalu dengan berbagai peristiwa suka dan duka, hilai tawa dan ada insan mengalirkan airmata,  hari ini kita masih bernafas berjuang dalam badai gelombang ujian dan dugaan untuk meneruskan rutin hidup harian dan esok? Segalanya dalam urusan dan ketentuan Allah! 

Dunia hari ini mencari idintiti sendiri dengan ragam maknusi yang berbagai kebudayaan, adat dan kepercayaan malahan berpecah pada segala macam gerombolan, kelompok dan mazhab untuk menjuarai siapakah yang paling unggul 'keAkuannya atau kelompoknya'. Justeru itu firman Allah yang bermaksud," aku jadikan kamu dengan berbagai bangsa dan keturunan semata-mata untuk mengenal-antara satu dengan yang lain" kadangkalanya walaupun dipraktikkan tetapi sebahagian besarnya adalah untuk mengumpul kelompok masing-masing bagi tujuan hidup mereka yang paling utama tadi: diterjemahkan kepada khalayak bahawa Aku atau Kelompok ini adalah segala-galanya.

Asasnya, apa pun kelompok anda dan di peringkat mana kuasa anda apakah ianya berpaksi kepada keadilan yang merata di mana tiada tekanan dan tindasan, tiada prasangka buruk dan pengkhiatan jauh sekali berlaku zalim sesama insan meskipun ia bukan saudara se Islam.

Marilah bersama-sama kita renungkan kerana keadilan, keamanan, kesejahteraan dan kebahagian maknusia sejagat adalah di tangan kita semua!